RESEPI-PELBAGAI NASI

NASI MINYAK
Bahan-bahan (untuk Nasi) 
7 cawan* beras basmathi
1 cawan ghee (minyak sapi)
4 sekawan – utk menumis
4 ulas bawang putih -hiris halus
10 ulas bawang merah - hiris halus
halia – sebesar ibu jari tgn - hiris halus
segenggam gajus – digoreng kekuningan
segenggam raisins – digoreng smpai gelembong
10 cawan air
garam secukup rasa
2 helai daun pandan – utk mewangikan nasi
secubit koma koma (saffron)-kalau tak ada pun takpa
susu cair ½ cawan
susu masam (tairu)½ cawan
pewarna kuning – kalau kt kedai India, tanya utk nasi beryani
(*cawan = cawan pot nasi yg biasa tu)

Cara-caranya 
1.     Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan hiris bawang beserta 4 sekawan sampai berbau harum.
2.     Masukkan air , hirisan halia, tairu,   daun pandan dan garam sekucup rasa (biar kurang garam takpa) tunggu air hingga mendidih masukkan beras dan kacau rata . 
3.     Tunggu sehingga air hampir nak kering (sehingga nasi separuh masak-macam biji limau), kecil kan api cepat cepat.
4.     Kemudian masukkan pewarna sedikit + dgn susu cair tadi (3 sudu je) caranya…buat  3-4 lobang dan curahkan pewarna tadi tu sikit2..masukkan..ulanglah sampai abis…taburkan koma-koma kt atas nasi.
5.     Tutup periuk nasi rapat2 dengan daun pisang supaya haba tak keluar dan taruh pemberat atas tudung periuk eq lesong batu ke, batu bata ke. Jaga api, biar ia kecil,kalau tidak hangit. 
6.     Setelah masak,taburkan bawang goreng,kismis goreng & gajus goreng tadi semasa nak menghidang.

Nota
Tapi kalau pakai rice cooker letrik pun boleh, tumis bahan2 tu dalam kuali , kemudian masuk dalam rice cooker, masuk air , tairu, daun pandan, garam seperti biasa. Bila  nasi dah nak masak baru masuk pewarna & bawang goring.


Nasi Temasik & Ayam Berempah

Bahan-bahannya :-
1 kq beras siam atau beras beriani (bersih & toskan airnya)
8 ulas bawang merah )
4 ulas bawang putih ) di hiris halus
1 inci halia )
4 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 tin susu sejat Carnation or F & N
3 sudu besar minyak sapi
Air secukupnya untuk memasak nasi
serbuk perasa (jika suka)
garam secukup rasa
daun pandan
perwarna hijau, kuning & merah
sedikit badam (goreng atau bakar)
sedikit kismis & bawang goreng

Cara membuatnya :-

1) Panaskan periuk dan masak minyak sapi hingga cair. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga cengkih, kulit kayu manis & biji
pelaga hingga naik baunya.
2) Apabila bahan tumis garing, masukkan daun pandan dan beras.
3) Gaul rata dan setelah itu masukkan susu sejat, garam dan air yang secukupnya. Biarkan sehingga nasi masak dan elok keringnya.
4) Percikkan perwarna dan sedikit air mawar di atas nasi. Taburkan badam dan kismis sebelum menghidangnya.
Nota : Kalau tak bubuh perwarna & air mawar pun tak apa sebab nasi kita dah berbau harum. Ia untuk hiasan saja. Untuk kerja lebih mudah, kita boleh gunakan dapur elektrik untuk memasak nasi ni iaitu selepas beras di campur dengan susu sejat, garam & air. Kita blh transfer terus ke periuk elektrik.Tak payah nak risau nasi terhangit atau tidak. Dah masak hidangkan dengan badam, kismis dan bawang goreng.

AYAM BEREMPAH

1/2 ekor ayam - potong ikut suka & goreng separuh masak
3 tangkai chili hijau (tumbuk kasar)
1 ulas bawang putih (cincang)
1 inci halia (cincang)
2 ulas bawang besar (cincang)
2 sudu rempah kari ayam
2 sudu besar cili boh atau chili kisar
1/2 sudu serbuk lada hitam
3 sudu besar sos tomato
minyak masak secukupnya untuk menggoreng
1 cawan susu sejat F & N or Carnation
1 ulas bawang besar - belah enam
secawan air

Bahan pewangi :-
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
2 kelopak bunga lawang

Cara membuatnya :-

a) Satukan chili dan rempah, gaul rata.
b) Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan bahan pewangi sampai naik baunya.
c) Masukkan rempah, kacau sampai garing.
d) Masukkan ayam serta secawan air. Kacau rata dan tutup periuk. Masak sehingga ayam empuk.
e) Akhir sekali masukkan susu sejat, sos tomato, bawang besar, perasa & garam. Kacau hingga pekat & menggelegak.
Hias dengan bawang goreng semasa menghidangnya.

Boleh di makan panas-panas dengan nasi atau roti.

Selain dari guna ayam, kita juga boleh gantikan dengan daging lembu. Kalau lembu kena guna rempah kari daging pula.

Selamat Mencuba & bagi feedback ya bagi mereka yang mencubanya.....
Sumber asal : Koleksi 101 Resepi Aidilfitri F & N Majalah Wanita tapi telah di ubah suai mengikut selera saya sekeluarga

Nasi Kurma
Sumber : Resepi Tradisional Keluarga

Bahan-bahan
675 gm beras siam
600 gm daging atau 1 ekor ayam
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu manis
4 sudu tomato sos
4 sudu ketumbar
4 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis
1 sudu kaskas
152 gm bawang merah
4 ulas bawang putih
4 inci halia
4 batang cengkih
5 biji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis
1 cawan minyak kelapa
1 senduk minyak sapi
Garam

Cara Membuatnya
1. Beras dibasuh dan direndam kira-kira 5 minit. Kemudian kukus separuh masak.
2. Daging atau ayam dipotong besar-besar.
3. Ketumbar dan lain-lain rempah digiling lumat-lumat. Kemudian digaul dengan ayam atau daging.
4. Kemudian masukkan susu, tomato dan garam. Biarkan kira-kira 5 minit.
5. Jerangkan periuk. Masukkan minyak sapi dan minyak kelapa.
6. Apabila panas, masukkan daging atau ayam yang sudah digaul sebati dengan rempah. Kacau hingga pecah minyak.
7. Kemudian masukkan air kira-kira boleh empuk daging atau ayam.
8. Apabila pekat, masukkan beras yang sudah dikukus dan kacau sehingga rata.
9. Kecilkan api tutup sehingga naik wap.
10. Setelah masak, hiaskan dengan lada dan daun sup.




Nasi Bukhari Kak Wan
Bahan-bahan
4 cawan beras gred A1 (untuk 6 orang makan)
1 kg daging
1 bungkus rempah kari daging
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu kecil cili boh
2 labu bawang besar
7@ 8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cawan kecil kismis
Beberapa biji cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis ( rempah menumis )
1 bungkus rempah sup bonjot
2 sudu besar minyak sapi
Beberapa hiris halia
4 tangkai daun sup / saderi
6 biji tomato masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
2 sudu besar perahan air limau nipis
2 sudu perahan air asam jawa

Cara membuatnya
1. Beras dibasuh bersih dan ditoskan.
2. Daging dipotong segi empat (5 cm x 5 cm) dan dibersihkan.
3. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Bawang besar, buah tomato dibelah lapan. Daun sup dipotong-potong (lebih kurang 3 cm).
4. Panaskan periuk dan masukkan setengah cawan minyak serta 2 sudu minyak sapi
5. Bila minyak sudah panas, masukkan rempah menumis, bawang yang telah ditumbuk dan kacau sehingga kelihatan kekuningan.
6. Masukkan serbuk ketumbar dan rempah kari daging yang dicampur dengan sedikit air.
7. Apabila sudah kelihatan sebati, masukkan ciliboh dan air perahan asam jawa, kacau sehingga rata serta masukkan satu bungkus rempah sup bonjot.
8. Masukkan daging, kacau dan balik-balikan sehingga rempah meresap
9. Kemudian masukkan buah tomato dan bawang yang telah dibelah lapan tadi serta dicampurkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
10. Tutup periok dan biarkan ia mendidih sehingga daging kelihatan empuk. Kacau sekali sekala supaya melekat di periuk
11. Apabila air semakin kering dan daging kelihatan empuk masukkan daun saderi, beras dan 4 cawan air.
12. Gaul bersama bahan bahan di dalam periuk dan biarkan ia mendidih sehingga kering (seperti memasak nasi biasa)
13. Apabila nasi hampir masak, masukan perahan air limau nipis dan kismis serta kacau rata.

Nasi Beriani Sindhi
Bahan-Bahan
1 kilo ayam atau daging kambing – dipotong ikut suka hati
1 kilo beras basmati, cuci bersih dan rendam selama 15 minit
1 cawan tairu
4 biji tomato, dihiris
4 biji kentang, kupas kulit dan hiris
3 – 4 biji bawang besar, dihiris halus
1/2 cawan pes halia dan pes bawang putih
10 biji lada hijau dihiris
1 cawan daun ketumbar, dihiris
1 cawan daun pudina, dihiris
1 1/2 cawan minyak sapi atau minyak kanola, atau pun 250 gram mentega
100 gram rempah beriani Sindhi (Sindhi Beriani Masala)
1 cawan kacang gajus, digoreng
2 sudu makan garam masala
Cara-cara
1.     Panaskan didalam periuk, minyak kanola/minyak sapi atau pun mentega, dengan api yang sederhana besarnya.
2.     Tumis hirisan bawang sehingga ke-kuning-kuningan.
3.     Masukkan pes halia/pes bawang putih dan lada hijau, dan tumis selama 5 minit.
4.     Masukkan rempah beriani bersama tairu. Masak lagi selama 5 minit.
5.     Barulah dimasukkan kepingan daging,kentang dan garam dan biarkan selama 5 minit lagi.
6.     Tuang 1 cawan air kedalamnya.
7.     Tutup periuk, perlahankan api dan masak lagi sehingga ayam atau dagingnya lembut.
8.     Setelah itu hendak dituangkan semua lauk ini kedalam periuk yang lebih besar. Ratakan.
9.     Tabur diatasnya hirisan tomato, daun ketumbar dan pudina serta kacang gajus.
10.  Sementara itu, masaklah nasi dengan sedikit garam, sehingga 1/2 masak. Setelah 1/2 masak, buang airnya.
11.  Masukkan kedalam nasi tersebut, 2 sudu makan garam masala dan gaul rata.
12.  Tuangkan nasi ini kedalam periuk berisi lauk. Ratakan, tetapi jangan dikacau.
13.  Tutup periuk serapat-rapatnya.
14.  Masak selama 20 minit. Sajikan panas-panas.



Chelo Sheebzamini - Nasi Mentega Iran
Bahan-Bahan:
2 cawan beras basmati dibilas air
8 cawan air
1 biji kentang yang besar, di potong kulit dan di hiris tipis
1¼ sudu teh garam
¼ sudu teh gula
6 sudu besar mentega yang dicairkan
¼ teh kas-kas (saffron), direndam dgn 2 sudu teh air panas
Cara:
Masukkan beras, air dan 1 sudu teh garam didalam saucepan dan masak atas api yang sedang. Bila mendidih, tutup dan biarkan mendidih selama 8 minit. Kacau beberapa kali. Pisahkan air dengan nasi setengah masak tadi. Sementara itu, campurkan kas-kas, gula, 4 sudu besar mentega dan sisa garam didalam periuk casserole. Campurkan hirisan kentang dan gaulkan semuanya. Rapikan kentang untuk memenuhi dasar periuk casserole tadi. Campurkan nasi di atas kentang dan tuang sisa mentega keliling nasi. Bakar nasi didalam ketuhar setinggi panas 180 darjah Celsius selama 50 minit.
Cadangan Hidangan:
Tuang nasi di atas piring besar atau dulang kecil. Aturkan kentang diatas nasi. Taburkan daun pudina diatas kentang. Dikeliling nasi boleh aturkan hidangan daging atau dalca sayur mengikut cita rasa.
Tambahan:
Nasinya cukup untuk 6 orang. Sedap dihidangkan degan lauk kari, daging masak merah atau dalca sayur. Sila cuba.

Beriani Berempah Mudah

Bahan-Bahan:
2 camca besar minyak sapi
1 camca teh jintan manis
1 biji bawang besar, dihiris
225 gm beras Basmathi, dibasuh dan sejat
1 camca besar rempah kari daging
350 ml air panas
4 cm kulit kayu manis
50 gm kismis
8 biji pelaga, diketuk
½ camca teh serbuk kunyit
50 gm kepingan badam
Cara:
Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumis jintan manis dan bawang besar hingga perang. Masukkan beras dan rempah. Kacau sebati. Masukkan air kulit kayu manis, kismis, pelaga dan serbuk kunyit. Masak di atas api sederhana hingga air beras kering. Tutup periuk dan perlahankan api. Biarka hingga nasi betul-betul masak. Apabila nasi masak hidangkan di dalam pinggan dan tabur kepingan badam.

Nasi Arab Istimewa

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan :
½ ekor ayam (dipotong kecil-kecil)/ daging
1 paket rempah briyani maggi
1 labu bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
kulit kayu manis
minyak sapi utk menumis
Bahan-bahan :
1 kg beras basmathi
½ cawan susu cair
3 sudu besar sos tomato
garam sucukup rasa
4. Daun ketumbar
5.kismis
Cara:
1.Perap ayam dengan rempah briyani maggi sekurang-kurang 1-2 jam
2.blend bawang besar, bawang putih dan halia.
3. Panaskan minyak sapi di dalm kuali. Tumis bunga lawang,bunga cengkih, buah pelaga,kulit kayu manis. kemudian masukkan bahan yg telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau/wangi.
4. Masukkan ayam yg telah diperap.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga ayam kelihatan sudah masak.
6. Sementara menunggu ayam masak, basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan sos tomato, dan susu cair. Kacau rata.
7. Masukkan ayam yg telah dimasak. Gaul rata. Masak sehingga nasi masak.
Cadangan Hidangan:
Bawang goreng,daun bawang,dan lada besar-merah.
Tabur di atas nasi.
Tambahan:
Sedap dimakan bersama paceri nenas, sambal lada dan acar timun mentah.

Nasi Ayam Hainan

Bahan-Bahan:
Bhn A
1 ekor ayam dibelah 12
3 sudu besar sos tiram
3 sudu kicap manis
sedikit gula dan garam

Perap 30 minutes semua bhn diatas

Bhn B (Kicap Bijan)

500 ml stok ayam
3 sudu besar sos tiram
6 sudu besar kicap cair maggi
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar minyak bijan

Didihkan bhn B hingga sebati



Bhn C

100 gm Cili hidup
6 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar cuka
Gula dan garam ikut rasa

Blender kesemua bahan diatas

Bhn D

1000 ml stok ayam
3 cm halia - dimayang
3 ulas bwng putih - di mayang
1 bungkus sup bunjut
Daun ketumbar atau daun sop dan daun bawang

Renihkan bhn diatas untuk dijakan sup

Bhn E

3 pot beras
3 cm halia
6 biji bawang putih
1 helai daun pandan
Air Stock ayam mengikut citarasa lembut nasi
Blender hingga halus untuk menumis nasi
Cara:
1. Tumis Bhn E hingga naik wangi. Selepas tu masukan air stock ayam, Masukan garam dan daun pandan serta beras. Masak seperti biasa.

2. Ayam digoreng seperti biasa.
Cadangan Hidangan:
1. Hiris timun dan letak didalam pinggan.
2. Cincang ayam dan letak diatas timun tadi.
3. Tuangkan Bhn B diatas ayam
4. Taburkan sedikit daun sop/ketumbar dan daun bawang. Sedia dihidangkan.
Tambahan:
Ayam jangan digoreng terlalu lama. Ayam boleh menjadi keras. Nasi Ayam Hainan pasti bertambah sedap jika ayamnya lembut.
Nasi Tomato Kasih Abadi

Bahan-Bahan:
3 Cawan Beras Basmati
3 Cawan Stock Rebusan Tulang
¾ Cawan susu cair
1 Cawan sup tomato-puri(dlm tin)
5 ulas bawang kecil - dimayang
3 ulas bawang putih - diracik halus
1 inci halia - diracik halus
1 batang kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 biji cengkih
2 helai daun pandan
2 sudu besar sayur campur(jagung,kacang,lobak merah)
garam , perasa dan gula secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar minyak sapi
Cara:
1. Masukkan minyak dan minyak sapi ke dalam periuk nasi yang diletakkan di atas api
2. Tumiskan bawang,bawang putih, halia, kulit kayu manis,bunga lawang dan cengkih hingga naik bau.
2. masukkan sup tomato(puri tomato)dan gaulkan sebentar
3. masukkan beras dan gaul hingga sebati dan kemudian baru dimasukkan stock rebusan tulang serta susu cair.
4. kemudian masukkan garam dan perasa serta sedikit gula.Jangan lupa untuk memasukkan daun pandan.
5. Alihkan periuk nasi tersebut kedalam tempat memasak nasi otomatik dan tutup serta biarkan sehingga masak.
Cadangan Hidangan:
Sendukkan nasi kedalam mangkuk nasi dan taburkan sedikit bawang goreng. Nasi ini sedap dimakan bersama ayam masak merah, acar rampai dan sebagainya.
Tambahan:
Tujuan menumis nasi di atas api gas adalah supaya bahan tumisan berbau wangi dan ini menambahkan kesedapan makan tersebut namun demikian ia haruslah dialihkan ke dalam periuk nasi otomatik supaya nasi tersebut tidak berkerak. Gula juga amat penting dalam resepi ini sebagai penambat rasa. Cubalah... anda pasti tidak akan kecewa.
Nasi Turki

Bahan-Bahan:
3 cawan beras beriani
3 biji kentang
3 labu bawang besar (dipotong bulat)
1 tin kacang peas
1 ½ cawan minyak sapi
3 labu bawang besar (tumis)
1 tin kecil susu cair
5 ulas bawang putih (digiling halus)
2 camca kecil jintan putih (digiling halus)
Bunga cengkih, kulit kayu manis dan pelaga
Garam secukup rasa
¼ kg daging kambing atau lembu
3 biji tomato (dipotong bulat)
3 biji lobak merah (dipotong bulat)
4 sm halia (digiling halus)
5 biji telur ayam (direbus)
Cara:
Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang besar dan cengkih, pelaga serta kulit kayu manis hingga kuning. Masukkan bahan yang digiling, daging serta air. Masak hingga daging empuk. Masukkan kentang, susu, bawang besar, tomato, lobak merah dan garam. Masaklah hingga mendidih. Keluarkan semua bahan tadi kecuali daging kemudian masukkan beras. Apabila hendak dikeringkan, masukkan semula bahan-bahan tadi serta kacang peas. Ketika hendak menghidangkan, hiaskan dengan telur rebus dan bawang goreng.