RESEPI-A


1.   ACAR REMPAH

Bahan - bahan
3 camca besar ketumbar biji
1 camca besar lada hitam
2 cm kulit kayu manis
1 camca besar jintan kasar
2 bunga lawang
Semua bahan diatas dibasuh bersih,dijemur kering dan dikisar halus
1 camca besar halba
1camca besar biji sawi
6 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
2cm kulit kayu manis
2 cm halia dihiris
2 cm kunyit hidup ditumbuk halus
10 ulas bawang merah ditumbuk halus
6 ulas bawang putih dihiris dan ditumbuk halus
1 camca belacan ditumbuk halus
1 camca besar udang kering ditumbuk
2 camca besar ikan bilis ditumbuk
150gm udang kecil
2 camca besar kerisek kelapa
1/3 cawan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit Minyak Vesawit untuk menumis

Bahan-bahan sayuran
2 biji timun dibuang tengahnya, dikerat sepanjang 3cm dan direndam
didalam air garam sebentar
2 batang lobak dikerat sepanjang 3cm
4 cili merah dan hijau dibelah dua
2 labu bawang besar dibelah empat

Cara-cara membuat
1.     Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan halba, biji sawi, rempah penumus (pelaga, lawang dan kulit kayu manis) bawang merah, bawang putih, kunyit, belacan dan halia.  Gorenglah sampai wangi
2.     Setelah itu masukan udang basah, udang kering dan ikan bilis digoreng sampai wangi.
3.     Masukan timun serta sayur-sayuran yang lain bersama-sama rempah yang dikisarkan
4.     Gaulkan sayur-sayur ini bersama kerisek, cuka ,garam dan gula dan dimasak 5 minit lagi

NOTA: Acar ini sebaik-baiknya disajikan sehari selepas disediakan untuk mendapat rasa yang lebih enak.

2.   Air Sirap Sedap

1 kg gula pasir
Pencelup merah (tak kira apa brand)
Perasa oren (double lion ada jual di pasaraya)
Perasa nenas

Caranya:
Masak gula + air juga masukkan daun pandan untuk mewangikan lagi air gula tersebut.  Biarkan ia sejuk seketika.  Apabila sudah sejuk masukkan pewarna merah.  Kemudian masukkan perasa oren agak 2 camca kecil juga perasa nenas.  Lepastu kacau hingga sebati dan hidangkan dengan sekeping orange dan ais kiub.

Untuk menyedapkan lagi boleh dihidangkan dengan selasih atau buah laici, juga sebarang buah dalam tin.  Boleh dicampur kalau suka.

3.   Crock Pot Lemon Chicken

6 Chicken Thighs Without Skin -- or pieces, cut up
1/2 Cup Flour
1 Teaspoon salt
1 Tsp Balsamic Vinegar
3 Tablespoons Catsup
3 Tbsp Brown Sugar
6 Ounces Lemonade, Frozen Concentrate
2 Tablespoons Cornstarch
1/4 Cup water

1.     Dredge the chicken in flour mixed with salt. Shake off excess and brown in a hot skillet. Remove chicken and put in the crockpot.
2.     Mix the lemonade, brown sugar, vinegar (use regular vinegar if you prefer) and catsup and pour over the chicken. Cook on high for 3-4 hours. 
3.     When ready to serve, remove the chicken to a warm platter and thicken the sauce with the cornstarch/water solution, and serve along with the chicken.

4.   KARI KURMA AYAM

Bahan-bahan :
1 ekor ayam
5 biji ubi kentang
200 gram rempah kurma
100 gram Serbuk kas-kas
5 ulas bawang putih      ]
3 ulas bawang merah    ] dihiris halus
2 cm halia                    ]
1/2 biji santan kelapa
sedikit garam dan serbuk perasa
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 batang kulit kayu manis
5 sudu makan minyak sapi untuk menumis
3 biji cili merah            ]
3 biji cili hijau                         ] dibelah dua
4 biji tomato                ]
5 helai daun pudina
2 ulas bawang besar - dibelah empat

Cara Membuatnya :
1.     Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia
1.     yang dihirs halus.
2.     Kemudian masukkan bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis dan tumis lagi hingga naik baunyer.
3.     Masukkan rempah kurma, serbuk kas-kas dan kacau.masukkan juga secawan air.kacau lagi hingga bahan-bahan yang ditumis tadi mendidih dan berbau wangi.
4.     Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong (mengikut saiz) dan ubi kentang yang dipotong empat memanjang dan kacau lagi di atas api sederhana.
5.     Masukkan santan dan balik-balikkan, masukkan sedikit garam dan serbuk perasa secukupnyer.
6.     Setelah itu, masukkan cili merah, cili hijau, daun pudina, buah tomato dan bawang besar yang telah dipotong mengikut saiz masing-masing.
7.     Angkat dan Hidangkan dengan Nasi putih / Nasi Tomato.

5.   AYAM BERIYANI

1 ekor ayam (dipotong 12)
3 sudu makan rempah beriyani (kalau serbuk beriyani, sila cairkan sedikit dgn air)
Cili kering (ditumbuk lumat) secukup rasa
1 tin kecil tomato puri
Minyak masak
5 biji bawang puteh (ditumbuk halus)
5 biji bawang merah (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
1 paket 50 sen rempah ratus (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih)
Garam secukup rasa
Air

Cara-caranya :
1.     Bersihkan ayam.
2.     Panaskan minyak masak dalam periuk.
3.     Tumis rempah, halia dan bawang sehingga berbau.
4.     Tumis cili giling, garam dan rempah beriani sampai naik minyak.
5.     Masukkan ayam dan gaul.
6.     Masukkan tomato puri dan sedikit air.
7.     Biarkan rempah sebati dgn ayam sekejap. Boleh kecilkan api.
8.     Masukkan air sama rata dengan ayam. (Air jgn terlalu banyak, ni bukan masak kari.)
9.     Tutup periuk dan biar ayam masak.

6.   AYAM BERMADU

Beberapa potong ayam
3 camca besar madu
3 camca besar sos tiram
1/4 cawan kicap
sedikit serbuk kunyit
Serbuk Oregano

Cara-caranya:
1.     Perapkan ayam tadi bersama2 semua bahan di atas selama beberapa jam.
2.     Setelah itu panggang sehingga masak.

7.   AYAM GORENG MADU

Bahan-bahan :
600gram ayam
2 sudu besar halia                    )
2 sudu besar jintan manis         )dimesin
2 sudu besar jintan putih          )
1 cawan gula
sedikit garam
sedikit madu
minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya :
Perapkan ayam bersama bahan-bahan tadi selama setengah jam.  Kemudian goreng ayam tadi dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA........emmmm sedapnya..!!!!

OPTION  :
Resepi ayam goreng madu saya.. ada campur serbuk kari dan cili giling.  So warna dia tak lah coklat, tapi merah yang pudar macam kat kedai
mamak tu.

8.   AYAM PANGGANG

Bahan2nya :
1 ekor ayam
120 g dadih asli
10 ulas bawang merah               }
2 ulas bawang putih                  }
2 cm halia                                }  dimesin
2 cm lengkuas                           }
3 batang serai                          }
20 g ketumbar              }
10 g jintan manis          } di goreng dan dimesin
5 g jintan putih            }
120 g cili boh
20 g kerisik kelapa
2 g bunga cengkih
2 g bunga lawang
2 g buah pelaga
2 sudu madu
30 g asam jawa - dibancuh dgn sedikit air
garam dan pak aji secukup rasa

Cara2nya :
1.     Firstly kenalah bersihkan ayam dulu
2.     Campurkan bahan2 yg dmesin dgn cili boh, dadih, kerisik, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, madu, air asam jawa dan garam secukup rasa.
3.     Perapkan ayam dengan bahan2 yg diatas dgn sedikit minyak.  Biarkan seketika supaya rempah2nya menyerap.
4.     Bakar dlm oven selama 30 minit 180°C sehingga perang kekuningan

Lepas tu apa lagi makannnnnnnnnn


9.   Ayam Percik

Bahan2nya utk perap
1/2 ekor ayam
bawang besar, halia, serai        ) dimesin halus
jintan manis,jintan putih           ) adunan no 1

Cara2nya
1.     Perapkan ayam + adunan no 1 selama lebih kurang 10 minit.
2.     Selepas itu kukus sekejap ayam tersebut supaya ia lembut sikit dan biarkan perasa menyerap ke dlm isi ayam dan cepat masak apabila dibakar
3.     Bakar ayam sehingga garing kekuningan dan salutkan kuah percik.  Bakar.  Salutkan kedua kali ayam dengan kuah percik.  Bakar lagi.
4.     Hidangkan sewaktu panas.

Kuah percik
Bawang besar, bawang putih- (lebih kan bawang besar) di mesin halus
halia, lengkuas (lebihkan lengkuas dari halia) - dimesin halus
jintan manis, jintan putih - di mesin halus
serai - di ketuk
cili boh / cili kering (yg telah dimesin halus) - terpulang kepada kepedasan yg diingini
Air asam jawa
Santan secukupnya
sedikit tepung beras (utk memekatkan kuah)
Garam, gula, Pak Aji

Cara2 membuat kuah percik
1.     Tumiskan bawang dan halia sehingga berbau wangi
2.     Tambahkan cili boh/cili kering sehingga pecah minyak. Campurkan gula sedikit.
3.     Masukkan serai yg telah diketuk (serai terpulang samada nak dimesin bersama dengan halia tadi)
4.     Tambahkan jintan manis/jintan putih.. biarkan sampai pecah minyak
5.     Masukkan santan dan kacau supaya tidak berbuku.  Apabila kuah telah menggelegak tambahkan air asam jawa dan kacau rata. tambahkan garam secukup rasa dan jugak ajinomoto.
6.     tambahkan tepung beras yg dicampurkan dengan sedikit air utk memekatkan kuah .

p/s : kalau nak buat percik putih jgn gunakan cili, yg lain seperti biasa bole digunakan utk ikan dan jugak ayam.  kalau ikan perap saja ikan tu dengan garam, kunyit terus je bakar tak yah kukus @ rebus dulu.

OPTION 1
1 ekor ayam di potong sepuluh

Bahan utk dikisar
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 batang serai
1/2 inci lengkuas
10 biji cili kering
10 biji cili padi
2 helai daun kunyit - di mayang halus
2 helai daun limau purut - di mayang halus
1 liter santan
garam secukup rasa
pak aji jgn lupa

Cara membuatnya
1.     Tumiskan semua bahan yang dikisar sehingga naik bau dan kekuningan.
2.     Masukkan santan.  Kemudian diikuti dengan ayam.
3.     Masakkan ayam sehingga separuh masak dan keluarkan dari kuah.
4.     Panggang ayam atas api yang sederhana hingga masak.
5.     Masukkan daun kunyit dan daun limau purut ke dalam kuah santan.  Curahkan atas ayam spt. kita tengok org jual kat gerai tu.
6.     Bolehlah dihidang panas-panas.

OPTION 2

Cara-Cara
1 ekor Ayam ayam di potong empat dan di gaul dengan garam dan kunyit di biarkan sebentar. Masukkan secawan air kedalam periuk dan ayam tadi dimasukkan sekali.  Tutupkan periuk tersebut dan masakkan sehingga ayam masak tetapi jangan terlalu lama agak-agak 90% masak.

Bahan -bahan untuk membuat kuahnya
Lengkuas sebesar syiling seringgit
10 batang serai
1 ½ biji santan kelapa
10 tangkai cili kering
2 ulas bawang puteh
halia sebesar syiling seringgit

1.     blendkan kesemua bahan bersama santan
2.     masakkan di atas api yang sederhana sehingga pecah minyak dan mengeluarkan banyak minyak. Jika kurang minyak boleh tambahkan minyak makan biasa.
3.     Masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa.
4.     Ayam di keluarkan dari periuk di pangang atas api, bila dah kering sedikit celupkan ke dalam kuahnya dan bakar lagi sehingga kuahnya kering pada ayam.
5.     Simpan baki kuah dan curahkan di atas ayam yang telah masak.

10. ayam percik (Kel)/ayam golek (Trg)

1 ekor ayam - dipotong sebagaimana dikehendaki
10 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
Sepotong halia
Garam secukup rasa..

semua bahan ini dikisar dan dilumurkan pada ayam.  biarkannya selama ± 1/2 jam.  biarkan bahan-bahan ini meresap kedalamnya...

untuk kuah
sedikit lengkuas - jgn terlampau byk, nanti berbau
2 batang serai
1 1/2 biji kelapa - pastikan santan kelapa pekat
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit beras yang ditumbuk halus utk memekatkan santan.
sedikit cili kering + cili api... cili kering lbh byk drp cili hidup..
sedikit kunyit..

1.     semua bahan diatas dikisar, dan kacau sehingga pekat, pastikan biar pekat..
2.     ayam yang diperap tadi terus panggang, dan bila saja ayam tu masak, celupkannya didalam kuah...ulang sehingga beberapa kali... sebenarnya lagi banyak lagi sedap....
3.     hidangkan.......ye lah, mungkin lain orang lain resepinya...

11. Ayam Tandoori

Bahan-bahannya :
1 ekor ayam
1 bungkus susu masam
2 ulas bawang putih (tumbuk)
4 cm halia (tumbuk)
5 camt cuka
¼ botol pewarna kuning
2 camt serbuk lada
Sedikit garam
3 camb minyak masak Mazola atau mentega

Cara menyediakannya:
1.     Cuci ayam dan panggang seketika.  Lumurkan ayam rata-rata dengan cuka, bawang putih, halia, susu masam, pewarna, garam dan serbuk lada.
2.     Simpan dalam peti sejuk semalaman.  Bila hendak memasak, letakkan ayam di dalam loyang besar kemudian bakar dengan minyak atau mentega dengan api yang kecil
3.     Hiaskan dengan daun parsli, limau nipis, daun salad dan kentang rebus yang dipotong bulat.

OPTION 1  :

Yang saya tahulah untuk membuat susu masam,perahkan limau nipis@lemon ke dalam susu tu... dan jadilah ia susu masam...harap bolehlah mencuba.

OPTION 2   :
Tak payah buat. Senang saja. Beli saja dekat kedai especially kedai mamak.  Sure